Wednesday, August 1, 2007

MENDAKI GUNUNG KINABALU



...Jarak dari kaki gunung (bermula di Pintu Timpohon) hingga ke puncak (Low's Peak) adalah 8.75 kilometer atau bersamaan 4095.2 meter dari aras laut. Pendakian perlulah mendapat pengawasan dari Malim Gunung Berdaftar yang disediakan oleh pihak Taman Kinabalu. Selain membimbing pendakian, guide ini boleh berperanan sebagai "potter" dengan bayaran tambahan dikenakan. Proses mendaki Gunung Kinabalu berlaku dalam dua peringkat dalam masa dua hari. Hari pertama para peserta perlu sampai di tempat penginapan sama ada di Laban Rata atau Gunting Lagadan setinggi 6 kilometer dari Pintu Timpohon. Jarak ini mengambil masa perjalanan di antara 4 hingga 8 jam bergantung kepada cara berjalan peserta. Pendaki perlu sampai ke tempat penginapan dalam tempoh masa tersebut bagi mengelakkan cuaca buruk yang boleh memudaratkan dan menghalang pendaki meneruskan pendakian sejauh 2.75 kilometer pada awal pada keesokkannya. Aktiviti di tempat penginapan lebih tertumpu kepada aktiviti berehat, makan, memanaskan badan dan tidur. Suhu di sini di antara 5 - 10 darjah Celcius dan keadaan akan bertambah sejuk jika hari hujan. Peserta "Jalinan Mesra 2003" telah menginap di Gunting Lagadan.

Jam 1 dinihari, peserta telah bangun dan bersiap sedia dengan pakaian mendaki. Mereka perlu makan bagi menambah kekuatan semasa mendaki. Selepas berdoa, peserta memulakan pendakian peringkat kedua tepat jam 2.30 pagi. Pendakian di malam gelita ini dibantu oleh sinaran lampu suluh. Pendakian lebih sukar berbanding peringkat satu di mana pendaki perlu mendaki tangga yang tegak dan di sesetengah tempat dengan bantuan tali kerana tebing curam. Pendaki perlu berada di "Low's Peak" sebelum jam 6.30 pagi untuk memboleh pendaki dianugerahkan sijil pendakian. Selepas jam 7.00 pagi, semua pendaki perlu meningalkan puncak kerana kabus membahayakan keselamatan mereka. Pada pagi ini cuaca sangat buruk dengan kabus tebal menyelubungi puncak seawal 6.00 pagi. Keadaan ini menyukar dan membahaakan pendaki untuk berada di puncak. Atas nasihat Malim Gunung, pendaki mulai turun seawal jam 6.45 pagi. Walau bagaimanapun sesi bergambar masih berlangsung dengan pengawasan rapi oleh para Malim Gunung.

Semua ahli rombongan selamat turun ke tempat penginapan jam 9.00 pagi. Selepas berkemas dan bersarapan pagi, ahli rombongan mula meninggalkan tempat penginapan jam 10.15 pagi. Perjalanan turun lebih mudah dan cepat iaitu dalam masa 3 hingga 4 jam setengah. Jika berlaku kecederaan, perjalanan turun boleh mencecah sehingga 6 jam atau lebih. Sesetengah pendaki terpaksa mendapatkan bantuan Malim Gunung untuk membawa mereka turun sama ada melalui pengusung ataupun melalui dokongan para Malim Gunung.
..

Few tips for those who r planning to climb Mount Kinabalu:
Put these things in ur must bring list:
1. Coldfroof jacket (the one with some special layer inside and waterfroof layer at outside
2. Thick gloves (not that cheapo cotton gloves that we always wear to hold the "dangol" (machette).
3. Extra socks (Cant imagine how cold the weather up there in Laban Rata at 1 am! Brushing teet also very painfull I tell ya)
4. 3 to 10 cans of isotonoc drink (This can prevent our foot muscle from "cramp" problem)
5. Few small packs of good quality cocholate as heavy food replacement (Trust me, u wont have any feel to eat heavy food when u already up there. The cocholate is very good companion when u climb Mount Kinabalu indeed)
5. The serial killer head wrapper (the one which grasscutter guys often wear to protect their face from flying debreezes or the heat of sunlight)
6. Last but not least, good waterfroof video cam/digi cam to record ur climbing experience, with extra batteries for sure!

Link to Mount Kinabalu Photo Gallery Sites
http://www.cuti.com.my/album/thumbnails.php?album=161
http://www.molon.de/galleries/Malaysia/Sabah/Kinabalu/
http://www.cuti.com.my/album/thumbnails.php?album=161
http://community.webshots.com/album/135203435DayyFO


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home