Mari Melancong Ke Tenom
Batu Berukir, Ulu Tomani
Batu Berukir terletak di Kampung Bakuku, Ulu Tomani. Kampung Ulu Tomani adalah terletak 64km dari Pekan Tenom. Perjalanan ke sini akan mengambil masa selam 1 jam 30.minit dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Bagaimana pun untuk sampai ke Batu Berukir, pelawat perlu berjalan kaki selama 30 minit melalui bendang dan anak bukit. Menurut catatan sejarah, batu ini amat istimewa kerana ia adalah artifak tinggalan sejarah yang membuktikan bahawa Tenom telah didiami oleh manusia sejak zaman awal manusia lagi.
Terdapat banyak versi berkenaan dengan kewujudan batu berukir ini. Salah satu daripada nya ialah, kononya terdapat seorang pemuda yang sedang menunggu kekasihnya di batu berkenaan. Lantaran terlalu lama menunggu dan gadis berkenaan tidak juga muncul-muncul maka pemuda berkenaan mula la mengukir batu berkenaan bagi mengisi masanya agar tidak terlalu bosan menunggu.
Bagi mengunjungi tempat ini, para pengunjung perlu membuat temujanji dengan ketua kampung berkenaan dan sebaik-baiknya meminta kebenaran dengan Jabatan Muzium Sabah kerana kawasan ini adalah kawasan Jabatan Muzium Sabah.
Original site: http://tenom.idesa.net.my/ekonomi01_07.html
New site pictures
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home